KAKI TRAVEL BAJET

Book Your Package, Create Your Memories

LightBlog

Thursday 9 February 2017

Percutian Di Atas Cruise Mewah, Menabung Demi Minat

Untuk yang bertanya Untuk yang bertanya mengenai kos dan pengalaman penginapan Penang-Penang 2 hari 1 malam, anda boleh follow details gambar di bawah.

Untuk pengetahuan semua, saya bukan orang havehave untuk travel mewah-mewah. Namun itu bukan penghalang untuk kami merasai sendiri pengalaman belayar dengan Star Cruise. Saya sanggup menabung demi minat. Saya seorang penjual kuih sahaja. Jual kuali. Suami saya bekerja sebagai runner. Kadang-kadang bekerja sebagai part time clown. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah dan niat untuk membawa mak jalan-jalan dipermudahkan oleh Allah. Kami orang "biasa-biasa" sahaja. Tiada duit beribu-ribu di dalam akaun. Jadi dengan duit pecah tabung, holiday awal tahun ini kami pusing Penang.                                                                                                
Happy family Nor Salina Aziz 

Misi mencari nasi kandar
Kami tiba di Penang kira-kira pada jam 3.30pm. Sebelum kami bergerak ke jeti kami perkena Nasi Kandaq Line Clear. Orang kata tidak sah sekiranya datang ke Penang tanpa perkena nasi kandar, lebih-lebih lagi jika suami anda memang seorang yang 'tekak kari'. Kalau tidak singgah, suami boleh merajuk. Selepas makan, kami terus ke Padang Kota untuk ke jeti. Dari jauh anda boleh nampak cruise. Pengalaman pertama kami semestinya teruja!

Parking Padang Kota
Kami parking kereta di parking Padang Kota sebelah terminal jeti. Kami masuk pada jam 4.30pm dan keluar pada jam 11.30am keesokannnya, jumlah bayaran parking RM21 sahaja. Jika anda ingin parking di tepi jalan, boleh, tetapi make sure anda mempunyai kupon parking untuk mengelakkan daripada disaman oleh Majlis Perbandaran.

Mak kesayangan
Mak kesayangan saya yang sememangnya pantas bila bergerak. Mak berjalan laju mengalahkan tenaga orang muda seperti saya ini.

Jadual perjalanan Star Cruise Libra Superstar
Sebaik sahaja masuk ke pintu jeti, anda akan nampak jadual perjalanan bagi Star Cruise Libra SuperstarPerjalan kami:

Sabtu 4 Feb 2017 - 5 feb 2017 
Check in: 5.30pm
Gate Close: 8.30pm

Maksudnya waktu paling lewat yang anda boleh masuk adalah sehingga jam 8.30pm. Jika anda ingin round cruise tersebut, tangkap gambar, berenang di swimming pool, sebaiknya anda datang check in awal.

Kaunter check in
Ini adalah kaunter check in Star Cruise. Kaunter akan dibuka bermula jam 5.00pm. Untuk proses check in anda hanya perlu memberikan kad pengenalan atau passport anda di kaunter.

Pass cruise
Selepas proses check in selesai, pihak Star Cruise akan memberikan kad seperti foto di atas kepada setiap penumpang. Kad ini dilengkapi dengan details anda. Jadi anda hanya perlu menggunakan kad ini sahaja untuk sebarang urusan di cruise nanti. Simpan baik-baik ya. Kad ini juga akan digunakan untuk membuka pintu bilik atau cabin anda nanti.

No bilik : 03000
Deck 3

Mak dan Tab berpisah tiada

Balai pelepasan akan dibuka pada jam 6pm. Proses check in adalah hampir sama dengan proses check in flight sebelum flySegala jenis makanan atau minuman adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk. Jangan risau, anda tidak perlu membawa makanan kerana disana nanti makanan disediakan dan kerja anda hanya makan. Anda juga dilarang untuk membawa iron.


Yaya yang excited
Sebelum memasuki kapal, terdapat satu kuanter untuk proses pengesahan. Anda dikehendaki menyerahkan kad pengenalan atau passport di kaunter tersebut. Pihak cruise akan menyimpan kad pengenalan atau passport anda sehingga check out. Untuk pakej 2 hari 1 malam yang kurang dari 24 jam, anda boleh membawa beg kecil sahaja. Sekiranya anda membawa beg bersaiz besar, krew kapal akan tolong bawakan beg anda sampai depan pintu bilik atau cabin. Semua beg akan melalui proses baggage check seperti yang dilakukan di airport. Sebaik sahaja memasuki kapal, anda boleh terus ke bilik atau cabin, details bilik boleh dirujuk pada kad biru yang kita dapat semasa check in tadi.

Rehat
Sebaik sahaja memasuki bilik, masing-masing keletihan. Seperti biasa, Mak saya dan tab berpisah tiada. Inside stateroom dilengkapi dengan empat katil single dan satu bilik air. Setiap katil disediakan pelampung keselamatan. Sekiranya bilik anda tidak dilengkapi dengan towel dan peralatan mandi, anda boleh inform di kaunter. Kami menghadapi masalah yang sama, nasib baik kami bawa towel sendiri. Sepatutnya kami terus inform di kaunter, tetapi terlambat sebab kami complain pada hari kedua. 

Mak tercari-cari plug untuk cas tab
Kelihatan Mak tercari-cari plug untuk cas tab. Plug di dalam kapal adalah berbeza dengan plug di Malaysia. Jika anda pernah ke China, plug yang sama di negara China disediakan di sini. Namun, jangan risau sekiranya anda tidak mempunya plug tersebut kerana anda boleh request di kaunter yang berada di Deck 4. Dan yang paling best di dalam bilik tiada network access.

Yaya excited  nak terjun dalam pool
Selepas selesai urusan bilik, kami terus naik ke Deck 9 untuk view cruise. Kononnya Yaya hendak mandi pool, malangnya hanya pakaian renang sahaja dibenarkan dan Ummi terlupa untuk membawa baju mandi Yaya. 

Yaya sedih tak dapat berenang
Maka Yaya berhuhu sambil melihat orang mandi. Kesian anak Ummi.

Buffet buah-buahan
Buffet disediakan bermula dari jam 6.30pm-10.30pm. Jadi, sepanjang waktu ini anda boleh makan seberapa banyak yang anda nak. Memang kenyang gila. Ada macam-macam makanan. Tak sempat nak ambil gambar semua.

Dessert buffet
Serius makanan semua sedap-sedap. Buffet makanan adalah percuma dan sudah termasuk dalam harga yg kita bayar, cuma akan ada pelayan-pelayan yang akan datang dekat anda offer air jus dan arak. Sekiranya anda order dengan pelayan tersebut, anda akan dikenakan bayaran ya. Anda boleh mendapatkan air percuma di dalam restoran di bahagian dalam berdekatan buffet.

BBQ time!
BBQ time! Bukan 5 ekor sahaja yang saya makan, tapi berekor-ekor. Makan sampai pengsan.

Dessert
Kepada sesiapa yang tertanya-tanya samada makanan disini halal atau tidak, jawapannya adalah 100% halal. Ketua chef disini merupakan chef Malaysia dan status halal telah disahkan oleh JAKIM Malaysia. Memandangkan disini ada menjual arak, jadi agak jenuh  untuk memujuk Mak makan.

Live Band
Sambil makan-makan, anda akan disajikan dengan Live Band. Jika mereka nyanyi lagu Malaysia, memang layan lah jugak!

Kedai cenderahati
Di Deck 4 ada Spa dan kedai cenderahati. Kalau duit anda sudah penuh poket sampai terkeluar, anda boleh shopping. Mahal weh! Oh ya, pekerja cruise terdiri daripada pelbagai bangsa dari satu Asia. Jadi anda boleh lihat di name tag mereka yang tertulis nama dan negara asal. Kebanyakannya memang kena speaking english lah ya.


Di Deck 9 terdapat 2 swimming pool. Satu untuk dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak. Disini juga terdapat dua jakuzi. Jadi kepada penumpang yang bercadang untuk mandi, anda dinasihatkan untuk bawa baju khas untuk mandi.

Tips: Bagi mereka yang beragama Islam, sebaiknya bawa sejadah sebagai alas untuk solat dan kompas untuk menentukan arah kiblat.


Aktiviti kami malam tu just makan-makan sambil layan band sajaha. Jadi kepada penumpang  yang hendak ke spa, karaoke atau hendak tengok tiger show anda boleh pergi ke tempat-tempat tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti disini dan kebanyakannya adalah aktiviti yang tidak sesuai untuk orang Islam seperti kami.



Buffet dinner. Ade pelbagai pilihan sajian dinner. Jadi jangan risau bab makan, menu disediakan dari asia ke barat.


Pesanan: Sila jangan diet ok sebab rugi bayar mahal-mahal.


Nasi goreng Thai

Dinner saya pada malam itu. Aiyooo nasi goreng Thai dia serious sedap. Udang dia jangan cakap lah, fresh gila!


Deck 9
Kami stay sekejap sahaja di deck atas memandangkan anak kami, Addura sangat suka berlari. Palang kapal agak rendah dari jarak antara palang agak besar. Jadi badan Yaya yang kecil boleh bolos antara palang tersebut. Plus, Yaya kalau time main memang tak ingat apa dah, jadi lepas lepak kami terus ke bilik, sambung tengok TV.

Kue teow goreng
Yeay Ahad dah! Walaupun rasa macam sekejap sahaja tapi kami puas melihat keindahan alam dari atas kapal ini.

Kue teow goreng menu pilihan Hakak untuk sarapan pagi plus view macam ni. Aiyooo soronoknya lahai tengok ciptaan Allah. 

Breakfast roti prata
Mak saya makan roti prata dengan kari ayam. Sedap! Yaya pun sampai bertambah. 

Alhamdulillah, kenyang sangat. Sarapan pun disediakan ala buffet. Pelbagai jenis makanan disediakan disini. Waktu sarapan bermula dari jam 8.00am -11.30am. Sila makan sampai habis ya, jangan membazir. 

My Princess Addura
Bila lah agaknya Yaya nak ada adik? Tak larat melayan dia, manja sangat. Sila doakan Yaya dapat adik ya!

Hobi Yaya berlari
Pagi itu, cruise memang dalam perjalanan balik ke Penang, tapi masih di tengah laut. Jadi, kami naik ke bahagian atas sekali lagi untuk ambil gambar. Yaya memang kerjanya berlari je dekat atas ni. Kecut perut kalau lepaskan Yaya. Tengok view dari atas, memang cantik!


Untuk merasakan pengalaman berada diatas cruise ini adalah sesuatu yang diluar kemampuan kami. Tetapi dengan rasa percaya kepada rezeki dan niat untuk menggembirakan orang yang kita sayang in shaa Allah,  Allah permudahkan. 


My lovely mom

Saya tidak mampu untuk menghadiahkan mak sebuah rumah yang besar, emas yang berkilo serta duit yang banyak, tetapi saya hanya mampu menggembirakan hati mak. Lebiu mak!



Oh ya, sebelum check out sila pastikan anda tidak tertinggal apa-apa barang. Selepas selesai kemas barang, kami terus ke kuanter di Deck 4 untuk selesaikan bill. Pihak cruise akan mengenakan cas sebanyak RM50 seorang untuk service atau gratuity fee. Selepas pembayaran bill selesai, anda boleh ke kuanter sebelah untuk collect kad pengenalan atau pasport masing-masing. Jangan lupa untuk bayar gratuity fee kerana kad pengenalan atau passport tidak akan dikembalikan sekiranya anda tidak membuat sebarang bayaran. Kami turun pada awal jam 11.30am sebab kami berhasrat untuk round Penang dahulu sebelum pulang ke rumah. Belanja sekeping gambar dengan cruise (bukan Cruise Libra) kat tepi jeti. 


Ok untuk yang tertanya-tanya berapa kos naik cruise. Kat sini saya bagi detail ya. 
Saya booking dengan travel agent JauharAsia. Boleh contact admin #teamjauharasia, follow page http://fb.me/kakitravelbajetfans atau hubungi 013-9453266 (Wani).

Jika anda ingin membuat direct booking pun boleh. Boleh follow link ni Star Cruise. Jika anda malas pening-pening, booking je dengan travel agent ok. Sila booking awal sebelum perjalanan.

PACKAGE CRUISE INTERNATIONAL SEA

Harga pakej serendah RM192/pax (normal price RM288+)-2H1M
Harga pakej serendah RM1080/pax (normal price RM1575+)-4H3M
Baby berusia bawah 2 tahun mendapat diskaun sebanyak 75%
Penumpang ke-3 & ke-4 yang menginap di dalam 1 bilik yang sama layak mendapat diskaun sebayak 50% daripada harga biasa.


Pakej Termasuk:
  • Bermalam di atas kapal
  • Makan Malam atas kapal
  • Makan Pagi atas kapal
  • Kad "access" sebagai saguhati
  • Maklumat keselamatan
  • Track Jogging
  • Gymnasium
  • Swimming Pool
  • Jazuki
  • Pertunjukan Layar
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Lukisan 3D
  • Gelanggang Ping Pong
  • Menikmati Sunset
  • Menikmati Sunrise
  • Bilik berdua

Pakej Tak Termasuk:
  • Cukai Cruise (Port Charge & Gratuity Fee)

Untuk mendapatkan tarikh perjalanan, anda boleh menghubungi 013-9453266 (Wani) @ PM page Kaki Travel Bajet.


Jumlah harga untuk 4 orang adalah RM672 sahaja.
Tetapi anda dikenakan port charge sebanyak RM50 seorang. RM50x4 = RM200.
Jumlah harga yang perlu dibayar kepada travel agent adalah sebanyak RM872.


Disana nanti anda perlu stanby RM50 seorang untuk bayaran gratuity fee
*yang ini perlu bayar semasa check out ok.
Jadi RM50x4 = RM200.
Total keseluruhan RM1072.

Berbaloi ke? Bagi kami berbaloi untuk merasai pengalaman seperti ini. Mungkin bagi kami yang tak berkemampuan dan ada keinginan ini, peluang sebegini hanya datang sekali seumur hidup. Tetapi jika diizinkan Allah mungkin kami boleh pergi yang jauh sikit.



Ini adalah contoh untuk seaview room. Untuk yang ingin pergi honeymoon, anda boleh mengambil bilik ini. Harga adalah bawah daripada RM1k. Harga bilik yang mempunyai tigkap adalah berbeza dengan harga bilik yang tidak mempunyai tingkap. Bagi sesiapa yang ingin menyambut hari jadi diatas cruise, anda boleh book Birthday Package. Jadi sebelum booking rajin-rajin survey ok. Pak cik google sangat membantu. 


Ini adalah contoh bilik yang tiada tingkap. Jadi harganya lebih murah berbanding bilik yang ada tingkap. Jika anda teringin untuk naik cruise, anda boleh cuba menabung. Sekiranya simpanan anda sudah banyak, anda booking cepat-cepat. Memang tiada penyesalan untuk merasai dan menikmati keindahan alam. Travel mewah-mewah bukan bererti kaya tetapi suatu keinginan untuk menikmati pengalaman melihat keindahan Allah. 

SUMBER: Nor Salina Aziz 

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil oleh team Jauhar Asia Vacation semasa berada di atas cruise:






































BERMINAT?

Sila hubungi @ whatsApp ke 013-9453266 (Wani) untuk sebarang pertanyaan berkenaan pakej, jadual perjalanan serta proses tempahan. 

Jangan lupa follow kami di FACEBOOK, INSTAGRAM dan TWITTER supaya anda tidak terlepas sebarang update @ promosi hebat dari kami. 

🤳🏻

No comments:

Post a Comment