KAKI TRAVEL BAJET

Book Your Package, Create Your Memories

LightBlog

Saturday 23 September 2017

66 Logo Halal Dari 40 Buah Negara Yang Diiktiraf Oleh JAKIM



Nak tanya, pernah tak anda mengalami masalah ‘susah nak cari makanan halal’ ketika travel? Terutamanya di negara-negara bukan Islam. Kadang-kadang nak beli makanan di pasaraya pun was-was. Eh betul ke ni halal? Packaging tulisan bahasa asing. Yang ada cop halal pun masih lagi ragu-ragu takut ‘halal tepek’. Perasaan takut itu terbawa-bawa sehingga anda sanggup membatalkan niat untuk bercuti ke negara-negara bukan Islam.

Ok, untuk pengetahuan anda, sebenarnya pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberi pengiktirafan kepada 66 badan pensijilan halal di luar negara dari 40 buah negara. Tak percaya? Ini menunjukan negara di dunia hari ini sentiasa merujuk kepada Malaysia dalam konteks pensijilan halal kerana Malaysia memenuhi semua kriteria dan standard yang diperlukan antarabangsa. Pengiktirafan ini diambil kira dari semua aspek baik dari segi pematuhan syariah, kebersihan, kesucian dan keselamatan Hebat kan Malaysia?

Nah kami kongsikan 66 logo halal yang telah diiktiraf oleh JAKIM sebagai panduan anda, tak kira lah anda nak guna semasa travel atau di Malaysia kerana di pasaran Malaysia pun ada juga imported food. Jadi, hati-hati yer. Check dulu logo halal sebelum beli. InsyaAllah terjamin halal, toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut standard, garis panduan halal dan perundangan berkaitan yang telah ditetapkan.










































SUMBER: THE VOCKET & JAKIM

No comments:

Post a Comment