KAKI TRAVEL BAJET

Book Your Package, Create Your Memories

LightBlog

Friday, 22 September 2017

8 Tempat Menarik Di New Zealand Wajib Anda Singgah

Selepas AirAsia mengumumkan semula penerbangan ke New Zealand tahun lepas, penantian untuk terbang pada kadar rendah akhirnya boleh menghembus nafas lega. Bulan lepas selesai sudah misi Vocket dan 5 lagi rakan media jelajah New Zealand bersama AirAsia. Sebaik sebut sahaja New Zealand, perkara pertama yang terlintas difikiran saya ialah kehijauan permandangannya yang cantik dan segar. Tapi hakikatnya, New Zealand sebenarnya lebih best dari tu. 

Ramai orang kata New Zealand adalah negara paling best di dunia. Semuanya alam semula jadi. “Nature, nature and more nature“, dan kata mereka betul! Tambah satu lagi sebab kenapa New Zealand best, New Zealand adalah antara negara yang memiliki udara paling bersih di dunia. Nak tahu macam mana rasanya sedut udara bersih kena pergi New Zealand.
Paling utama yang membuatkan New Zealand sangat seronok bukan setakat tempatnya yang menarik dan cantik, malah majoriti orang-orang New Zealand baik-baik belaka. Orang New Zealand memang terkenal dengan sikap humor mereka, lepak bersama mereka pun dah cukup buat anda rasa happy. Lawak mereka tahap mudah terhibur, memang sporting sungguh.
Mustahil untuk kami kongsi perasaan seronok bersama anda, tapi yang pasti kami boleh kongsi tempat-tempat menarik dan best yang anda boleh pergi bila travel ke New Zealand.
1. Sky Tower
skyjump
Oleh kerana penerbangan AirAsia mendarat di Auckland, jadi kami tak nak terlepas untuk singgah ke salah satu menara yang menjadi ikon New Zealand iaitu Sky Tower. Sky Tower terkenal dengan aktiviti sky jump, dan sky walk. Buat anda yang sukakan aktiviti mencabar dan tidak gayat, mencuba dua aktiviti ini pastinya sangat mengujakan.
Anda boleh merancang lebih awal dengan membuat tempahan melalui laman web skycityauckland.co.nz, segala maklumat tentang Sky Tower ada di situ. Untuk pilihan hotel berdekatan Sky Tower, anda boleh tempah di AirAsiaGo.com, lebih mudah dan menjimatkan.
Satu lagi perkara yang anda patut tahu, Auckland merupakan bandar paling sibuk di New Zealand dan Sky Tower terletak di tengah-tengah bandar Auckland. Jadi, untuk melihat bagaimana suasana bandar paling sibuk di New Zealand ini, Sky Tower adalah tempatnya.
2. Hobbiton
hobbiton
Tak lengkap rasanya kunjungan anda ke New Zealand jika tidak melawat Hobbiton. Dunia fantansi yang wujud di alam realiti. Tapak pengambaran filem The Hobbit ini terletak di Ladang Biri-Biri Alexander di daerah Matamata. Apa yang menariknya, di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Terima kasih kepada Peter Jackson kerana telah menjadikan kisah di dalam bukunya menjadi nyata.
Hobbiton menawarkan 4 pekej yang berlainan iaitu Hobbiton Movie Set Tour, Private Tour, Evening Banquet Tour dan Chinese Tour. Kesemua pakej ini boleh ditempah lebih awal secara online di sini. Setiap pelawat akan disediakan bas dan tour guidekhas yang akan membawa anda ke perkampungan The Hobbit mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Oh ya, pastikan anda datang sebelum jam 4 petang. Kalau tak, kena datang semula besok.
3. Glowing Worn Cave, Waitomo
Ini pengalaman paling unik anda boleh dapat di New Zealand. Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo ini terletak di daerah Waikato. Di dalam gua ini terdapat sejenis speises ulat ‘bercahaya’ yang sangat unik dan ianya sudah terbentuk sejak 30 juta tahun dahulu. Ada banyak cara untuk anda meneroka tempat ini, salah-satunya dengan menaiki bot.
Sebelum dibenarkan masuk, pelancong selalunya akan diberi sedikit taklimat oleh tour guide yang bertugas. Terdapat beberapa pantang larang yang perlu dipatuhi, seperti tidak merokok, tidak dibenarkan mengambil apa-apa gambar termasuk video dan paling penting untuk anda tahu, semua pelancong yang masuk ke dalam gua ini akan dipaksa menyanyi.
Jika memandu dari Auckland, ia mengambil masa kira-kira 2 jam untuk sampai ke Gua Waitomo.
4. Wai-O-Tapu Thermal Wonderland
1
Wai-O-Tapu adalah salah satu tempat yang tersenarai dalam 20 Most Surreal Place In The World. Jadi, tidak wajar jika anda melepaskan peluang berkunjung ke Wai-O-Tapu sebaik menjejak kaki di bumi Kiwi. Secara peribadi, bagi saya keindahan panorama di Wai-O-Tapu memang tidak boleh dinafikan, tetapi dalam masa yang sama boleh jadi sangat menakutkan.
Wai-O-Tapu Thermal Wonderland terletak di daerah Rotorua, ‘Wai-O-Tapu’ merupakan perkataan yang diambil dari bahasa Maori yang bermaksud ‘Air Suci’. Wai-O-Tapu memiliki banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma. Terletak di Rotorua iaitu kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletus lebih dari 200 ribu tahun dahulu, masuk ke sini bermakna anda sedang memasuki zon gunung berapi.
Waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah berbeza mengikut bulan. Bermula bulan April hingga Oktober, waktu operasi ialah bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Untuk bulan November hingga Mac pula, waktu operasi adalah pada 8.30 pagi hingga 1.30 pm sahaja. Segala maklumat berkenaan waktu operasi atau tempahan tiket boleh lihat di sini.
5. Skyline
skylineeee
Skyline Rotorua, tempat yang paling bahagia untuk anda habiskan masa seharian. Aktiviti menaiki gondola (kenderaan seakan kereta kabel) dan bermain Luge antara yang patut anda cuba di sini. Untuk sampai ke kawasan atas bukit, anda akan dibawa menaiki gondola dengan kapasiti maksimum 8 orang sekali jalan.
skyline
Nampak permainan macam go kart di atas? Ha, itulah permainan Luge yang anda boleh cuba di Skyline Rotorua. Dalam permainan ini, anda akan mengawal sendiri kereta dan meluncur dari atas bukit. Terdapat 3 jenis trek yang berbeza boleh dipilih, amatur, profesional dan ekstrim. Saya cadangkan pilih sahaja yang ekstrim, lebih seronok dan puas hati. Memang terbaiklah.
Harga untuk pakej gondola dan Luge berbeza mengikut berapa banyak kali anda nak ride
Selepas habis ride Luge, anda akan naik semula ke atas menaiki cable chair. Boleh tahan gayat jugalah. Di atas terdapat kafe untuk anda jamu hidangan tengah hari, buat pengetahuan anda semua makanan yang ada di kafe Skyline Rotorua semuanya halal. Selain daripada tu, boleh juga bersiar-siar dikawasan sekeliling tengok biri-biri dan Llama. Susah nak dapat peluang tengok llama depan mata ni.
6. Marae
maori
Suku kaum Maori merupakan kaum pertama yang menetap di New Zealand satu ketika dahulu. Berkunjung ke Marae adalah cara paling dekat untuk anda berkenalan dengan mereka. Semasa kunjungan kami di sana, kami didedahkan dengan sejarah dan asal usul kaum Maori. Tradisi dan budaya kaum Maori sangat unik untuk didekati, ada sebahagian daripada bahasa mereka sama seperti bahasa Melayu yang kita gunakan.
Menariknya, jika anda memilih untuk tunggu hingga makan malam, anda berpeluang untuk lihat kaum Maori memasak secara tradisional. Sementara menunggu hidangan masak, anda akan disajikan dengan pertunjukan tarian tradisi kaum Maori. Lepas habis, dah boleh makan. Jangan risau, di New Zealand kebanyakkan daging yang dihidangkan halal dimakan.
7. Lake Taupo
lake taupo
Lake Tapou, tasik luas ini dikatakan sudah terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu akibat kesan letupan gunung berapi yang amat dahsyat. Keluasan Lake Tapou sama luas jika dibandingkan dengan seluruh negara Singapura. Memang besar.
Banyak aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sini, antaranya bermain ski, berlayar, berkayak dan yang paling popular adalah aktiviti memancing. Lake Tapou adalah syurga buat pemancing tegar, pulau luas ini memiliki trout perikanan semula jadi terbesar di dunia. Kata penduduk tempatan, “di sini tempat untuk lempar kail dan tangkap ikan besar”.
Jika mahu menikmati keseluruhan permandangan Lake Tapou, anda boleh memilih untuk bersiar-siar menaiki feri selama 2 jam. Memberi itik makan dan memancing adalah antara aktiviti yang ditawarkan di atas feri. Oh ya, anda turut dihidangkan kopi dan kek muffin yang sedap. Boleh makan makan sampai kenyang.
Maklumat lanjut berkenaan pakej pelancongan di Lake Tapou boleh layarai laman web chrisjolly.co.nz atau facebook Chris Jolly.
8. Huka Prawn Park
Tempat Menarik Di New Zealand
Berdekatan dengan Lake Tapou, satu lagi tempat yang tak patut anda lepaskan adalah Huka Prawn Park. Di sini merupakan tempat ternakan udang galah paling besar di New Zealand. Ini masanya untuk anda tangkap dan makan udang galah puas-puas. Huka Prawn Park dibuka setiap hari, waktu operasi bermula seawal 9.30 pagi. Jadi, kami sarankan anda datang awal untuk tangkap udang puas-puas. Banyak kolam, udang pun banyak. Mudah ditangkap, kenyang dimakan.
Caj dikenakan sekali masuk ialah NZD $29.50 untuk dewasa, $16.00 kanak-kanak, dan $22.00 untuk warga emas dan pelajar. Untuk pakej keluarga (2 orang dewasa + 5 orang kanak-kanak) pula berharga $75.00.
Dengan tawaran harga serendah RM499* oleh AirAsia, ini peluang untuk anda rasai sendiri bagaimana seronoknya berada di negara Kiwi. Lebih menarik, penerbangan AirAsia X ke New Zealand ada setiap hari.
SUMBER: THE VOCKET

No comments:

Post a Comment