Korang selalu travel? Bagi pengguna Airasia, korang tahu tak yang korang boleh tukar tarikh flight melalui online je? Admin pun baru belajar ni. Kalau selama ini tiket dibiarkan burn sebegitu sahaja dan terpaksa beli tiket baru. Sudah rugi berapa ratus di situ?
Tak perlu susah-susah lagi, tukar je tarikh flight korang secara online. Janji ada akaun Airasia, sudah boleh manage booking tiket korang. Tapi kalau tiada, korang boleh terus tukar di airport.
Macam mana nak buat? Log in akaun Airasia dan kemudian klik pada MANAGE BOOKING. Langkah seterusnya korang boleh tengok seperti yang telah disediakan di bawah:
Langkah 1 : Klik EDIT ITINERARY dan pilih CHANGE/UPGRADE FLIGHT or SPLIT BOOKING
Macam contoh situasi ini, nak tukar tarikh flight jadi hanya perlu klik pada CHANGE/UPGRADE FLIGHT sahaja.
Langkah 2: Kalau nak naik flight dalam masa 48 jam dan nak tukar akan keluar tulisan berwarna merah seperti tertera.
Langkah 2: Kalau nak naik flight dalam masa 48 jam dan nak tukar akan keluar tulisan berwarna merah seperti tertera.
Kalau keluar tulisan berwarna merah, itu bermaksud yang korang tak boleh tukar secara online. Perlu pergi ke kaunter untuk tahu lebih lanjut mengenai bayaran. Dalam situasi ini, nak tukar flight balik jadi tiada masalah. Hanya perlu tanda pada CHANGE TRAVEL DATE dan tukar tarikh seperti yang dimahukan seperti dalam gambar. Dan kemudian tekan NEXT.
Disebabkan tarikh yang ditukar itu hanya ada satu sahaja pilihan iaitu Singapore > Miri jadi korang perlu klik flight tersebut dan terus klik CONTINUE.
Langkah 4: Akan terpapar ruangan beli makanan, seat, insurans, hotel atau sebarang penambahan
Kalau korang ada sebarang penambahan, boleh klik ADD. Tapi jika tiada sebarang penambahan tekan sahaja NEXT sehingga lah membawa korang ke paparan seterusnya iaitu bayaran.
Langkah 5: Bayaran booking yang asal ianya RM318.90. Lepas penukaran perlu bayar RM139.62 sahaja
Langkah 6: Confirm flight korang
Semak betul-betul segala butiran dan kalau semuanya okay di terma & syarat, pilih method untuk bayaran pula.
Langkah 7: Selesai! Transaksi korang berjaya
Bagi yang tidak tahu boleh tukar tiket secara online memang rugi sebab dibiarkan burn sebegitu sahaja. Kalau korang lihat tiket 23 haribulan, harganya adalah RM260.06, dan bila tukar tarikh cuma perlu tambah RM139.62 sahaja. Jadi tidak lah tiket sebelum ini yang berharga RM189.00 burn sebegitu sahaja.
SUMBER: FACEBOOK
No comments:
Post a Comment